28
Jun
06

Jawapan Kepada Soalan : Bahagian 7

(1) mahaguru58 menanyakan :

Assalamualaikum DS.

Jazakallah Akhi,
Semoga Allah SWT memberkati kita dengan kekuatan qudrat dan kecekalan Iman didalam berjuang untuk menegakkan Keadilan untuk semua.

Bagi saya, memang saya akui amat berhati hati menerima sebarang berita berkenaan DS kerana saya amat maklum tentang keupayaan media massa merubah keadaan, mengadakan cerita, mempelbagaikan berita terutamanya terhadap perjalanan perjuangan saudara.

Bagi saya, sebagai seorang yang mengajak kepada Tauhid, saya mengambil jalan dakwah didalam memperjuangkan hak sesama manusia dan saya tidaklah jumud didalam pegangan saya membicarakan arahtuju politik didalam negara.

DS telah melalui satu episod yang amat tragis didalam arus politik tanahair ini dan saya memang bertujuan menulis satu artikel berkenaan kezaliman pemerintah lahu terhadap DS didalam laman blog saya didalam waktu terdekat.

Walau sebanyak mana seseorang dianiaya ditanahair ini, nampaknya sensitiviti rakyat Malaysia ternyata tidak zahir lagi dan masing masing mengambil sikap mudah, tidak ambil peduli dan ke-aku akuan sejak kebelakangan ini.

Semuanya berpunca dari sikap pemerintah dinegara ini yang tidak jujur didalam menangani isu korupsi dan penyalahgunaan kuasa dari semua peringkat jentera kerajaan.

Ikan bilis dikejar dan dijadikan mangsa manakala sang kerapu dan jenahak bermaharajalela. Mana mana penjenayah pemakan suap dan pemecah amanah tidak diambil tindakan walau ternyata kesalahan mereka.

Perkara ini memang ketara semasa pemerintahan BN sebelum ini dan yang sekarang cuma bagaikan perumpamaan ‘Ayam kokok berderai-derai,ekor bergelumang tahi’.

Dengan istilah ‘Islam Hadhari’ , umat Islam ditanahair ini terus dipecah dan diperintah tetapi hanya sebagai satu pengelabuan keadaan semasa sahaja bahawa kerajaan yang ada ini menjadi ‘Jaguh Islam’.

Apakah Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW tidak lengkap; tidak sempurna maka perlunya sang cucu kepada seorang alim perlu bermain sandiwara menghanyutkan insan dengan retorika kosong tanpa pelaksanaan Amar Makruf Nahi Mungkar?

Khutbah Jumaat telah dipesongkan oleh JAKIM dibawah arahan JPM. Sebagai seorang pendakwah, saya lihat suasana sekarang dimana jama’ah tidak lagi ambil pusing terhadap ‘pembacaan khutbah’ sejak akhir akhir ini. Bukan kah sang khatib harus berkhutbah secara terus tanpa merujuk kepada skrip yang disediakan sang pemerintah? Sebagai seorang yang berpengetahuan luas didalam agama, apa pandangan DS tentang perkara ini?

Penzinaan sedang berleluasa ditanahair ini tanpa tindakan sewajarnya diambil oleh baik pihak pemerintah mahupun pembangkang sendiri. Semua pihak asyik tertumpu kepada kuasa sahaja. Sekiranya Allah SWT menghendaki seseorang itu naik ke tampok pemerintah, tidak ada satu kuasa pun yang akan dapat menghalangnya. Begitu juga sebaliknya, jika Allah SWT mentakdirkan seseorang jatuh dari puncak kekuasaaan nya dibumi ini, tiada siapa pun dapat merubah keadaan itu.

DS sendiri menjadi contoh terbaik apa yang saya gambarkan diatas.

Saya menyokong DS dari sejak zaman saya berada diPulau Pinang lagi.

Saya Setiausaha Pengasas Islamic Propagation Centre International yang kami tubuhkan diruang kolong Menara Masjid Kapitan Keling. DS pernah menjenguk pusat dakwah kami semasa ianya didalam proses pembinaan.

Sahabat seperjuangan saya Kamarudin Abdullah dipertanggungjawabkan meneruskan usaha kami disana pabila saya berhijrah keibu negara.

Sayangnya saya dengar sekarang, pusat dakwah tersebut telah dilarang beroperasi dari bawah ruang menara tersebut kerana bangunan tersebut dibawah Arkib Negara.

Itulah manusia. Senantiasa menghalangi usaha agama diatas sebab sebab yang tidak masuk akal. Lokasi sebegitu strategik untuk berdakwah dijadikan lengang dengan larangan tidak berasas. Islam ‘Hadhari’ ampunya slogan namun hakikatnya umat Islam negara ini terabai dengan kelekaan pemerintah kehulu kehilir berpesta pora melekakan masyarakat dengan budaya dan carahidup berteraskan hedonisma semata mata.

Tahun 2005 mencatatkan kelahiran lebih 68,000 anak anak diluar nikah dibawah pemerintahan Ulamak Islam Hadhari.

Di-internet bercambah laman web menayangkan angkara zina dan lucah anak muda Melayu beragama ‘Islam’. Siapa yang ambil peduli tentang semua gejala ini?

Chow Kon Yeow , MP Tanjong DAP ternyata amat gembira dan bangga melaporkan bahawa kini Melayu sudah bebas memurtadkan diri dan permohonan menukar identiti dari seorang Islam kepada apa apa saja telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Apa DS maklum tentang perkara ini? Apa pandangan DS dan langkah yang boleh diambil untuk menghentikan gejala ini?

Terlalu banyak yang perlu kita ambilkira DS terutamanya tentang nasib Ummah dibumi ini terutamanya ditanahair kita ini sendiri.Di Batu Feringghi, pusat pusat maksiat bercambah bagaikan cendawan tumbuh lepas hujan. MAIPP menjadi buta, bisu dan pekak terhadap keruntuhan akhlak dan moral disana. Siapa yang ambil tahu tentang nasib anak anak muda remaja Muslim disana?

Didalam langkah langkah DS membina semula jatidiri dan matlamat menerajui semula tampok pemerintahan negara ini seperti kita sedia maklum, sudilah kiranya DS melakukan apa yang boleh untuk membantu Ummah dinegara ini kembali kearah penghayatan dan pengamalan Islam balik ke jalan yang diredhai Rabbul Alamin.

DS pernah memimpin ABIM menghidupkan semangat pemuda pemudi Muslim dinegara ini memartabatkan Ad Deenul Haqq ketempat sewajarnya.

Yusri Mohamad, Presiden ABIM sekarang, saya rasa tidak akan segan menerima nasihat DS mengembalikan ABIM keteraju kepimpinan Belia Muslim seperti dizaman DS menjadi nakhoda disana. Ini cuma pandangan peribadi saya.

Saya berasa syukur DS telah bebas kembali. Awasilah segala yang datang merapatkan diri, memuja dan memuji DS. DS pernah ditinggalkan oleh yang sewaktu dengan mereka semasa DS ditangkap dan dipenjarakan sang mamanda.

Semoga lebih berhati hati memilih kawan. Insyaallah.

Wassalamualaikum warahatullahi ta’ala wabarakatuh.

Sdr Mahaguru58,
Dalam menangani kemelut politik dan budaya kini, kegiatan daawah perlu tingkatkan, untuk memberi kefahaman, memeperbaiki akhlak dan syaksiah dan menganjur kapada perubahan, apa yang pernah saya ungkapakan tatkala bersama ABIM dulu sebagai “tranformasi budaya”.
Insyaallah peringatan sdr mengenai maklumat, bisikan, sikap berpura-pura akan diwaspadai. Pengalaman juga harus mengajar kita. Saya harap sdr dapat teruskan usaha dengan gigih kerana dengan melibatkan diri secara langsung sdr sedar betapa rumitnya masalah yang dihadapi sekarang.
(2) Zahir menanyakan :

Saudara Anwar,

Sejak September 2004 Saudara sentiasa sibuk, samada dengan tugas parti ataupun tugasan di luar negara. Bagaimana dan bila Saudara menghabiskan masa dengan keluarga? Pastinya anak-anak Saudara semuanya telah meningkat dewasa sekarang. Bila pulak agaknya Saudara akan menimang cucu pertama?

Sdr Zahir,

Hanya di bulan pertama sebaik dibebas dari penjara saya punya waktu terbaik dgn keluarga di Munich semasa rawatan dan semasa menunaikan umrah. Walau bagaimanapun saya cuba memberikan waktu sebaiknya manakala keadaan mengizinkan, dan saat-saat tersebut paling membahagiakan. Saya melayani dan berbincang dengan anak-anak isu keluarga, pelajaran, politik, buku, budaya.

Nurul Izzah sedang menyelesaikan kursus sarjana di SAIS, JOhns Hopkins Univ, Washington. Mungkin Shahrir dan Izzah akan memberitahu nanti. Saya juga sedang menanti.


1 Response to “Jawapan Kepada Soalan : Bahagian 7”


  1. 1 ylchong Jun 28th, 2006 at 8:55 am

    Saudara Anwar:
    Greetings, maybe off-topic here, but WELCOME to blogosphere as I just learnt today that you’ve joined the club.

    May question is to ask about the possibility of a quick return to “politics” by your goodself in view of the “challenging” situation the nation is facing.

    In my blog today, among other things under “Springtime of openness…”, I have also referred to you status, and potential role in politics of NegaraKu, hope you care to read and comment?

    “…Anwar represents the ONLY HOPE for the next generation. Hopefuilly, before the next GE due March 2009, the adviser to Parti Keadilan Rakyat would have come out robustly to revive the SPIRIT OF REFORMATION
    that is so essential and vital for Malaysia making the NEXT QUANTUM JUMP IN MALAYSIAN POLITICS.

    IN MY HUMBLER POLITICS
    FOSTERING UNITY AND JUSTICE AND EQUITY WITH INNOVATICE POLITICS THAT IS:
    ABOVE RACE, COLOUR, RELIGION, CLASS AND GENDER.

    WILL SAUDARA ANWAR RISE TO THE CHALLENGE?
    THE PRIME MINISTER’s POST IS WAITING…

    Here is a man who suffered six years of torment and imprisonment of now 50%-proven to be “trumped up” charges. If the other 50% “guilt” is given the benefit of the doubt by the MAJORITY of Malaysians quite fedup with the demolition of the JUDICIARY, there’s HOPE YET. An advantage is that he knows UMNO politics inside-out, and with time for rumination and reflection at Puchionmg Jail for six long years, he must surely want to address othe wrongs clearly deiomnstated before his eyes under the Olde Order of UMNO, and still very much unchanged under the present UMNO regime?

    SAUDARA ANWAR, QUO VADIS?…”

    Best reagrds, and Wishing you (& family) Good Health ~~ Desi

    Reply

Leave a Reply