(1) padamar menanyakan :
Assalamualaikum DSAI,
Seronok pula rasanya bila pemimpin boleh berinteraksi dengan rakyat biasa meskipun hanya secara maya. Saya mencadangkan beberapa perkara untuk DSAI dan Barisan Alternatif pertimbangkan dalam membawa rakyat Malaysia ke zaman kegemilangan.
1. Saya mohon agar Barisan kepimpinan DSAI berusaha untuk mengawal emosi penyokong-penyokong dan juga sesetengah pemimpin yang sering menghina pemimpin Kerajaan terutamanya ketika ini Dato’ Seri Abdullah. Tindakan berbentuk serangan peribadi akan hanya menakutkan orang ramai untuk menyertai Barisan DSAI. Saya berpendapat jika perkara ini tidak dibendung maka Barisan DSAI juga sama malah lebih teruk lagi apa bila memerintah. Simptom ini banyak terdapat pada penyokong PAS. Sebagai salah satu Parti dalam Barisan DSAI PAS kena mengubah cara pemikiran penyokong dan pemimpinnya agar lebih realistik dengan mengutarakan isu-isu serta penyelesaiannya dengan lebih komprehensif agar sebarang tindakan tidak dilabel sebagai kepentingan peribadi.
2. Saya memohon agar DSAI ataupun Keadilan secara peribadi dan ikhlas menderma TAFSIR ALQURAN dalam Bahasa Melayu kepada penyokong2 DSAI atau pun masyarakat miskin atau sesiapa sahaja kerana ianya akan kekal sempai Kiamat. Gunalah pendekatan ini sebagai mengantikan ‘imbuhan wang tunai’ seperti yang terdapat dalan BN suatu ketika dulu dan mungkin masih berlaku di sesetengah tempat. Saya sudah mula membaca Tafsir dan tengah mengulanginya untuk yang ketiga. Apa yang saya dapati, Al-Quran ini dengan pemahaman melalui tafsir banyak mengandungi ilmu-ilmu yang amat menakjubkan. Saya berpendapat bahawa didalamnya terdapat ‘Limitation’ dan formula untuk sesuatu perkara agar manusia senantiasa bertindak dalam limitation dan formula yang telah diwahyukan Oleh ALLAH. Dengan ini saya mencadangkan agar Tafsir Alquran seperti keluaran Yayasan RESTU, di Selangor menjadi rujukan atau Teks yang akan di ajar sepanjang masa, kerana hanya dengan membaca Al quran dan memahaminya barulah kita mampu Membina Tamadun seperti yang di Impikan Oleh Paklah,DSAI dan semua rakyat Malaysia malah masyarakat Islam seluruhnya. Jadikanlah ianya satu perjuangan dan jihad kerana usaha ini secara tidak langsung mampu mengikis fanatisme dalam Agama Islam malah mampu menjadikan dunia ini tempat yang aman untuk didiami selaras dengan fungsi kita sebagai manusia.
3. Jadikanlah kempen alam sekitar sebagai wahana perjuangan DSAI kerana ianya amat mulia kerana menjaga Alam Tabii adalah amanah Allah untuk sekalian manusia.
4. Jadikanlah peribadi DSAI sebagai peribadi Islam yang sebenar iaitu Islam yang tidak hanya dilihat daripada satu sudut malah ianya akan dilihat dari pelbagai sudut kehidupan Manusia serta alam.
Setakat ini itu dulu untuk kali ini. Dan saya amat menghargai peluang ini iaitu berinteraksi dengan Pemimpin yang sudah lama tidak dirasai kerana selama ini Pemimpin negara terlalu sukar untuk didekati apatah lagi bagi rakyat yang jauh dipedalaman.
Wassalam.
Sdr Padamar,
Saya setuju agar rakan-rakan mengawal perasaan, menjaga akhlak dalam tindakan danucapan politik.Terdapat kupasan menarik olih Sh Taha Jabir AlElwani “Adab Ikhtilaf Dalam Islam”. Peringatan yang sama perlu ditujukan kapada UMNO dan BN supaya menghentikan fitnah dan tindakan zalim.
Tradisi ilmu dan amalan samaada melalui asas pengajian alQuran atau penguasaan cabang ilmu lainnya perlu dihayati. Saya telah mencadangkan agar semua pejabat PKR mewujudkan perpustaklaan kecil.
Isu alam sekitar memang menjadi agenda PKR. Pengalaman diSarawak baru-baru ini menyaksikan perompakan jutaan hektar tanah balak olih pimpinan BN memeperlihat betapa serius masalah tersebut. Kebetulan Al Gore baru menerbitkan filem memaparkan isu kritikal tersebut dalam “An Inconvenient Truth”.
(2) Orangtelawi menanyakan:
Apa pandangan Datuk Seri dengan krisis kepimpinan dan krisis keyakinan yang melanda DBP sekarang seperti yang terkandung dalam komen-komen berikut:
PERTAMA:
DBP dan rempuhan globalisasi
Baru baru ini frasa rempuhan globalisasi menjadi ikutan ramai. Dalam majlis sambutan DBP 50 tahun dengan menara barunya Dr Firdaus sebut juga fasal rempuhan dan pemerkasaan.Globalisasi dianggap sebagai satu gergasi yang bakal merempuh dan meranapkan.apa kata kalau dilihat dari paradigma lain? Kenapa tidak dilihat globalisasi sebagai satu peluang untuk DBP merempuh keluar bahu membahu dengan globalisasi? Bukankah menara itu lambang sesuatu yang towering?
KEDUA:
Amir Sari menanyakan:
Ulang tahun ke 50 disebut juga sebagai 50 tahun kelahiran, tapi bila jenguk-jenguk dan beliak-beliak rupanya seperti ulang tahun kematian. Memang mati dan hidup disebelah-sebelah. Seorang teman baru pulang dari majlis sambutan, katanya masih mengusung keranda 152, dah berzaman itu juga lambangnya. Elok juga rasanya keranda 152 itu ditukarkan sahaja namanya kepada keranda DBP.
Orang telawi dan Amir Sari:
“Kebimbangan mengenai rempuhan globalisasi atau kesejagatan ada asasnya. Perhatikan saja kegagalan memeterai rundingan WTO; tekanan rundingan FTA umpamanya dalam isu budaya dan perfilimen diantara AS dan Korea S.
Masalahnya ialah apabila segala kelembapan dan kegagalan institusi dan negara dibebankan kapada tekanan kesejagatan. Singkap sejarah perkembangan bahasa dinegara dan kita akan kesan pertembungan pendukung bahasa Inggeris dan pencinta bahasa Melayu sejak awal lagi. Manakala pimpinan UMNO dan Perikatan ketika itu cenderung mendewakan bahasa Inggeris, DBP, terutamanya dibawah Tun Syed Nasir, kesatuan guru Melayu dan tokoh bahasa dan akademik muncul dengan berani mempertahankan dasar bahasa dan pendidikan.
Kini kedudukan bahasa lebih mantap dan penerimaan kedudukan bahasa Inggeris,Cina dan Tamil juga lebih meluas. Cabarannya bukan kesejagatan tetapi kelemahan pimpinan negara menangani masalah tersebut. DBP harus kelihatan lebih gagah mengungkap permasalahan dengan berani dan tidak berselindung disebalik rempuhan global. DBP juga harus menerima kenyataan baru, dan mengemukakan strategi baru. Era kesejagatan menuntut kita lebih handal memartabatkan bahasa dan budaya, teknologi dan pelbagai cabang ilmu. Kita perlu mendaulatkan bahasa kebangsaan dengan jujur disamping menggalakkan penguasaan pelbagai bahasa.”









Assalamualaikum DSAI dan semua,
Sebelum ni saya ada menulis perkara berikut dalam blog:
Adalah dicadangkan agar Nama Islam Hadari ditukar kepada ‘Program Hadari’ saja. Ini kerana nama ‘Islam Hadari’ tersebut akan hanya menyempitkan lagi pandangan masyarakat. Nama Islam adalah tetap dan tidak akan berubah sampai bila, universal, meliputi seluruh alam, dari makan, pakai, kerja, tidur, hidup ,mati dan segalanya terkandung dalam Islam. Menamakan Sesuatu Program Dengan nama ‘Islam Hadari’ boleh menyebabkan umat Islam lebih berpecah belah.
Semangat yang ingin diterapkan dalam Islam Hadari tu memang baik dan patut disokong tapi sekali lagi saya mencadang agar namanya tersebut diubah kepada Program Hadari atau dengan nama lain. Ini bukan soal Politik tapi soal agama, agama umat Islam sejagat. Kepada pelaksana program ini saya memohon agar mengubah nama program ini kepada nama lain dengan berani demi maruah Islam itu sendiri.
Ini adalah antara komen saya melalui blog haloscan.
Pertanyaan saya,
1. Apakah pendapat DSAI berhubung dengan pengenalan Islam Hadari kepada Malaysia dan Masyarakat Islam keseluruhannya? Kerana apa yang saya dapati bahawa masih ramai umat Islam yang masih bingung tentang Islam Hadari. Dulu DSAI ada mempejuangkan konsep MADANI dan antara perlaksanaan yang nampak berjaya hari ini ialah dalam bidang ekonomi perbankan dan insuran takaful. Jika diteliti dan diperkemaskini, insyaallah perlaksanaan ekonomi Islam akan memberi prospek baru dalam dunia pelaburan yang lebih telus, bersih dan halal. Ini termasuk produk halal yang sedang diusahakan oleh pihak pemerintah ketika ini yang memiliki nilai pasaran berbillion dolar.
Pada pendapat saya secara peribadi, kita perlu menamakan sesuatu setelah ia lahir, bukan menamakan sesuatu sebelum ia lahir.Melainkan kita tahu secara pasti akan sesuatu itu. Maksud saya biarlah sesuatu perkara tersebut lahir dulu barulah kita namakannya melainkan sesuatu yang berunsur niat,objektif ataupun cita-cita. Saya lebih suka pendekatan berhikmah seperti melaksanakan sesuatu sehingga berjaya dan kemudiannya dengan sendirinya semua orang akan mengakuinya.
Bukan apa, niat Islam Hadari tersebut memang baik, tapi masih belum cukup untuk meliputi kehendak Islam itu sendiri yang lebih universal dan meliputi semua aspek. Pengenalan satu program dengan menggunakan nama pangkal Islam seperti ISLAM HADARI boleh mengecilkan ruang lingkup dan nilai sebenar dalam agama itu sendiri.
‘Perkampungan Hadari’ macam di Terengganu tu saya sokong kerana ia banyak memberi manfaat kepada masyarakat setempat.
Kerana terdapat banyak halangan yang perlu ditempuh.
1. Sejauhmana Penjelasan ISLAM Hadari itu sendiri dapat sampai kepada semua umat Islam. Kenapa umat Islam, kerana Islam itu milik semua umat Islam seluruh dunia bukan hanya untuk Islam Di Malaysia. Berapa peruntukkan telah dibajet untuk tujuan ini. Kalau hanya setakat beberapa juta, ianya akan hanya sampai kepada beberapa kelompok orang saja. Persoalaannya ialah sejauh mana pihak kerajaan mengkaji keberkesanan penerangan dalam konteks pemasaran maklumat.
2. Adakah satu jaminan bahawa pengganti PM yang akan datang juga ikhlas memperjuang dan meneruskan usaha ISLAM Hadari tersebut?kalau ya alhamdulilah, kalau tidak?
Makanya, saya menyarankan agar nama ISLAM HADARI tersebut ditukar kepada “Pendekatan atau Program Hadari” lebih manis dan lebih hikmah, kerana sebarang kegagalan perlaksanaan program tersebut akan hanya memberi impak kepada program berkenaan dan bukannya kepada Agama Islam. Dan jika program itu berjaya, maka secara tidak langsung atau pun secara langsung ia akan memartabatkan keindahan Agama Islam itu sendiri.
Oleh yang demikian, sebagai pembangkang pada ketika ini, PKR ada tanggung jawab untuk membetulkan perkara ini, kerana ini bukan soal politik semata-mata kerana ianya melibatkan tanggungjawab terhadap agama.
” Apa ada pada nama? Dalam nama ada segala-galanya ”
Satu lagi saya sebenarnya kurang syok dengan perkataan PEMBANGKANG, saya lebih suka perkataan ALTERNATIF. Saya turut menyarankan agar pemberian nama kepada sesuatu program harus ada nilai etikanya, seperti BARISAN BERSATU SARAWAK. Secara psikologinya perkataan ‘pembangkang’ dalam konteks minda orang kampung adalah negatif. Kalau negatif tidak sokonglah. Jadi saya cadangkan agar istilah Parti pembangkang, Ahli pembangkang dan kang-kang yang lainnya diberi nama timangan ‘ Alternatif ‘ atau lain-lain perkataan yang lebih bernilai positif.
” Allah tidak menjadikan sesuatu perkara itu sia-sia.”
Mohon komen DSAI, biarpun pahit saya akan terima agar kotak pemikiran saya dapat diperbetulkan. Juga kalau ada Pakar-pakar hukum ISLAM, saya mohon nasihat dan pembetulan kerana saya memberi pendapat hanya berkisar dalam ruang linkup pengetahuan saya yang amat kecil.
Wassallam.
Reply
Datuk Seri,
1. apakah kewajaran mahasiswa untuk bergiat cergas di dalam politik kepartian sewaktu pengajian mereka di dalam kampus,merujuk kepada pendapat Dr Mohd Agus Yusoff dlm Berita Harian 27 Jun 2006 bahawa AUKU perlu dipinda secara keseluruhannya agar tidak saja boleh menyertai pertubuhan belia tetapi juga pertubuhan politik. mohon pendapat Datuk Seri.
2. KeADILan dilihat sebagai sebuah parti yg punya visi dan misi yg jelas ke arah melahirkan Malaysia Baru.Pun begitu, mengapakah tidak dikeluarkan satu pelan dasar ataupun blueprint untuk memperincikan konsep Malaysia Baru?
3. Ada pihak yg mengatakan KeADILan perlu bergerak sendirian,cukup sekadar bekerjasama dgn PAS, DAP dan parti-parti lain sebagaimana yang dilihat di Sarawak.adakah Datuk Seri bersetuju?
4. Andai Datuk Seri masih percaya bahawa roh perjuangan Barisan Alternatif mesti terus dihidupkan dalam kancah politik Malaysia, adakah kewajaran untuk semua parti yang bernaung di bawah BA bertanding atas satu nama, satu wadah, satu lambang?
5. Bagaimana respon Datuk Seri dengan pendirian pimpinan pembangkang yg mulai tegar menerima kritikan Dr M ke atas kerajaan,dan terangan menyokong Dr M sebagai mana yg disiarkan di Berita Harian 27 Jun 2006 (selasa, hari ini). ada juga pimpinan keADILan yang hadir.bukan terlalu jumud untuk berorientasikan sokongan sehala,tetapi melihat kepada pendirian tegas Datuk Seri sebelum ini atas rasional Datuk Seri meneruskan saman ke atas Dr M,maka saya merasakan ada sedikit kekeliruan yang perlu dijelaskan.
Reply
Assalamualaikum Datuk Seri;
Perhaps you do not remember me, but I am the person who approached you about the idea for the Dr Ismail Faruqi website. Alhamdulillah IIIT has already contacted me and you can see the fruits of the collaboration here:
http://www.ismailfaruqi.net
I hope you will link to this site from your blog, insha’allah. I do have some questions about the current Malaysian political scene, but I will save it for later insha’allah.
Wassalam.
- MENJ
Reply
Tahniah, Brazil menang 3-0. Tetapi belum bertemu Jerman. Saya dengar pemuda-pemuda Keadilan jengkel bila Datuk Seri panggil mereka mesyuarat masa Brazil lawan Ghana.
Reply