mahaguru58 menanyakan:
Assalamualaikum Datuk Seri,
Semoga DS berada didalam keadaan sihat sejahtera bersama anak isteri tercinta.
Saya ke Cherok Tok Kun mencari DS untuk bertanya secara peribadi samada DS bersalah diatas segala tuduhan tsb atau pun tidak?
Manakan DS ingat lagi pd saya tapi tgn ini pernah singgah didada DS tanya secara bersemuka dan DS jawab spontan kata ‘tak bersalah’!
Itu dah cukup bagi saya.
Saya merupakan salah seorang yang menyokong perjuangan DS sejak dahulu dan malah pernah mengikuti rombongan DS ke Madrasah Ustaz Nik Mat semasa DS ke Kepala Batas, Alor Setar selepas dipecat dari jawatan TPM!
Semasa merempuh lautan manusia kebangunan Madrasah tsb, disebalik badan hamba lah DS berjalan membelah arus sampai selamat kedalam bangunan.
DS memakai baju melayu putih. ![]()
Cerita lama tapi masih terpahat tajam di ingatan ini.
Sekarang ni , apa yang penting adalah DS bangun semula dengan jatidiri baru jika benar tidak bersalah dan jauhkan diri dari ‘remora’ yang sebenarnya menumpang pada ketokohan DS sebagai mantan TPM!
Pembangkang tidak ada satu ikatan kukuh sebagai alternatif kepada pemerintah yang sekian lama berkuasa.
PAS sedang meneroka arahtuju bru dengan sanggup mengubah ‘mindset’ mereka seperti ditunjukkan oleh Timbalan Presiden PAS Ustaz Nashruddin Mat Isa dan teman seperjuangannya.
Dari bersekongkol dengan DAP yang ternyata mempunyai agenda Anti Islam seperti ditunjukkan oleh Chow Kon Yeow didalam blognya, saya ikhlas memohon agar DS mengambilkira memantapkan terus wadah jamaah Islam dengan membawa PKR bergabung dengan PAS untuk menghadapi BN secara bersatu.
Memang agak payah mengubah cara fikir orang orang lama didalam PAS tapi melalui ketetapan perjuangan DS , saya rasa ada harapan mencapai impian ini.
Apa pendapat DS?
Wassalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh!
Sdr mahaguru58
Saya terkesan dengan cerita penaglaman kita bersama mengharung kesesakan menuju Derang bersama Almarhum Ust. Nikmat. Berita pemergian beliau semasa saya di pernjara amat menyedihkan. Paling akhir menemui beliau dimahkamah beliau menceritakan kesah pertemuannya dengan Almarhum Maulana AbulHasan Ali Nadwi di Lucknow.
Mereka bersama teman-teman telah menunaikan solat hajat dan mendoakan agar saya segera bebas. Saya syurkan agar sdr teliti semula Peristiharan Permatang Pauh, Agenda Pembaharuan Keadilan dan Manifesto Bersama Barisan Alternatif yang melakarkan dasar dan strategi perjuangan kita. Muafakat dengan PAS terus mantap dan pendekatan kini dikira mat wajar termasuk memperkukuh jentera dan dokongan rakyat terhadap PKR. Kebetulan pula hanya malam tadi kami mengadakan pertemuan diantara pemimpin PAS dan PKR dirumah saya di Damansara.Sikap kita terhadap DAP juga harus lebih bijak dan matang , tidak dipengaruhi oleh satu dua kenyataan keras oleh beberapa aktivis parti. Tambahan pula media yang dikuasai BN sengaja mangadudomba. Kerangka besar pendirian DAP dapat diterima dan isu yang dipertikai harus dibahas secara terus terang dan ikhlas. Jika tidak kita akan terus bermain politik mengikut kaedah lama dan rentak yang ditentukan oleh BN. Kemusykilan sdr akan saya kemukakan kapada pemimpin DAP yang akan bertandang kerumah tengahhari nanti untuk menemui dan berbincang dengan pemimpin PKR.
















Assalmualaikum DS.
Jazakallah Akhi,
Semoga Allah SWT memberkati kita dengan kekuatan qudrat dan kecekalan Iman didalam berjuang untuk menegakkan Keadilan untuk semua.
Bagi saya, memang saya akui amat berhati hati menerima sebarang berita berkenaan DS kerana saya amat maklum tentang keupayaan media massa merubah keadaan, mengadakan cerita, mempelbagaikan berita terutamanya terhadap perjalanan perjuangan saudara.
Bagi saya, sebagai seorang yang mengajak kepada Tauhid, saya mengambil jalan dakwah didalam memperjuangkan hak sesama manusia dan saya tidaklah jumud didalam pegangan saya membicarakan arahtuju politik didalam negara.
DS telah melalui satu episod yang amat tragis didalam arus politik tanahair ini dan saya memang bertujuan menulis satu artikel berkenaan kezaliman pemerintah lahu terhadap DS didalam laman blog saya didalam waktu terdekat.
Walau sebanyak mana seseorang dianiaya ditanahair ini, nampaknya sensitiviti rakyat Malaysia ternyata tidak zahir lagi dan masing masing mengambil sikap mudah, tidak ambil peduli dan ke-aku akuan sejak kebelakangan ini.
Semuanya berpunca dari sikap pemerintah dinegara ini yang tidak jujur didalam menangani isu korupsi dan penyalahgunaan kuasa dari semua peringkat jentera kerajaan.
Ikan bilis dikejar dan dijadikan mangsa manakala sang kerapu dan jenahak bermaharajalela.
Mana mana penjenayah pemakan suap dan pemecah amanah tidak diambil tindakan walau ternyata kesalahan mereka.
Perkara ini memang ketara semasa pemerintahan BN sebelum ini dan yang sekarang cuma bagaikan perumpamaan ‘Ayam kokok berderai-derai,ekor bergelumang tahi’.
Dengan istilah ‘Islam Hadhari’ , umat Islam ditanahair ini terus dipecah dan diperintah tetapi hanya sebagai satu pengelabuan keadaan semasa sahaja bahawa kerajaan yang ada ini menjadi ‘Jaguh Islam’.
Apakah Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW tidak lengkap; tidak sempurna maka perlunya sang cucu kepada seorang alim perlu bermain sandiwara menghanyutkan insan dengan retorika kosong tanpa pelaksanaan Amar Makruf Nahi Mungkar?
Khutbah Jumaat telah dipesongkan oleh JAKIM dibawah arahan JPM. Sebagai seorang pendakwah, saya lihat suasana sekarang dimana jama’ah tidak lagi ambil pusing terhadap ‘pembacaan khutbah’ sejak akhir akhir ini.
Bukan kah sang khatib harus berkhutbah secara terus tanpa merujuk kepada skrip yang disediakan sang pemerintah?
Sebagai seorang yang berpengetahuan luas didalam agama, apa pandangan DS tentang perkara ini?
Penzinaan sedang berleluasa ditanahair ini tanpa tindakan sewajarnya diambil oleh baik pihak pemerintah mahupun pembangkang sendiri. Semua pihak asyik tertumpu kepada kuasa sahaja.
Sekiranya Allah SWT menghendaki seseorang itu naik ke tampok pemerintah, tidak ada satu kuasa pun yang akan dapat menghalangnya. Begitu juga sebaliknya, jika Allah SWT mentakdirkan seseorang jatuh dari puncak kekuasaaan nya dibumi ini, tiada siapa pun dapat merubah keadaan itu.
DS sendiri menjadi contoh terbaik apa yang saya gambarkan diatas.
Saya menyokong DS dari sejak zaman saya berada diPulau Pinang lagi.
Saya Setiausaha Pengasas Islamic Propagation Centre International yang kami tubuhkan diruang kolong Menara Masjid Kapitan Keling. DS pernah menjenguk pusat dakwah kami semasa ianya didalam proses pembinaan.
Sahabat seperjuangan saya Kamarudin Abdullah dipertanggungjawabkan meneruskan usaha kami disana pabila saya berhijrah keibu negara.
Sayangnya saya dengar sekarang, pusat dakwah tersebut telah dilarang beroperasi dari bawah ruang menara tersebut kerana bangunan tersebut dibawah Arkib Negara.
Itulah manusia. Senantiasa menghalangi usaha agama diatas sebab sebab yang tidak masuk akal. Lokasi sebegitu strategik untuk berdakwah dijadikan lengang dengan larangan tidak berasas.
Islam ‘Hadhari’ ampunya slogan namun hakikatnya umat Islam negara ini terabai dengan kelekaan pemerintah kehulu kehilir berpesta pora melekakan masyarakat dengan budaya dan carahidup berteraskan hedonisma semata mata.
Tahun 2005 mencatatkan kelahiran lebih 68,000 anak anak diluar nikah dibawah pemerintahan Ulamak Islam Hadhari.
Di-internet bercambah laman web menayangkan angkara zina dan lucah anak muda Melayu beragama ‘Islam’. Siapa yang ambil peduli tentang semua gejala ini?
Chow Kon Yeow , MP Tanjong DAP ternyata amat gembira dan bangga melaporkan bahawa kini Melayu sudah bebas memurtadkan diri dan permohonan menukar identiti dari seorang Islam kepada apa apa saja telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.
Apa DS maklum tentang perkara ini? Apa pandangan DS dan langkah yang boleh diambil untuk menghentikan gejala ini?
Terlalu banyak yang perlu kita ambilkira DS terutamanya tentang nasib Ummah dibumi ini terutamanya ditanahair kita ini sendiri.
Di Batu Feringghi, pusat pusat maksiat bercambah bagaikan cendawan tumbuh lepas hujan. MAIPP menjadi buta, bisu dan pekak terhadap keruntuhan akhlak dan moral disana.
Siapa yang ambil tahu tentang nasib anak anak muda remaja Muslim disana?
Didalam langkah langkah DS membina semula jatidiri dan matlamat menerajui semula tampok pemerintahan negara ini seperti kita sedia maklum, sudilah kiranya DS melakukan apa yang boleh untuk membantu Ummah dinegara ini kembali kearah penghayatan dan pengamalan Islam balik ke jalan yang diredhai Rabbul Alamin.
DS pernah memimpin ABIM menghidupkan semangat pemuda pemudi Muslim dinegara ini memartabatkan Ad Deenul Haqq ketempat sewajarnya.
Yusri Mohamad, Presiden ABIM sekarang, saya rasa tidak akan segan menerima nasihat DS mengembalikan ABIM keteraju kepimpinan Belia Muslim seperti dizaman DS menjadi nakhoda disana. Ini cuma pandangan peribadi saya.
Saya berasa syukur DS telah bebas kembali. Awasilah segala yang datang merapatkan diri, memuja dan memuji DS.
DS pernah ditinggalkan oleh yang sewaktu dengan mereka semasa DS ditangkap dan dipenjarakan sang mamanda.
Semoga lebih berhati hati memilih kawan. Insyaallah.
Wassalamualaikum warahatullahi ta’ala wabarakatuh.
Saya rasa ramai rakyat Malaysia kini tertanya-tanya mengenai pandangan Dato’ Seri terhadap konflik Pak Lah dan Dr. Mahathir.