mahaguru58 menanyakan:
Assalamualaikum Datuk Seri,
Semoga DS berada didalam keadaan sihat sejahtera bersama anak isteri tercinta.
Saya ke Cherok Tok Kun mencari DS untuk bertanya secara peribadi samada DS bersalah diatas segala tuduhan tsb atau pun tidak?
Manakan DS ingat lagi pd saya tapi tgn ini pernah singgah didada DS tanya secara bersemuka dan DS jawab spontan kata ‘tak bersalah’!
Itu dah cukup bagi saya.
Saya merupakan salah seorang yang menyokong perjuangan DS sejak dahulu dan malah pernah mengikuti rombongan DS ke Madrasah Ustaz Nik Mat semasa DS ke Kepala Batas, Alor Setar selepas dipecat dari jawatan TPM!
Semasa merempuh lautan manusia kebangunan Madrasah tsb, disebalik badan hamba lah DS berjalan membelah arus sampai selamat kedalam bangunan.
DS memakai baju melayu putih. ![]()
Cerita lama tapi masih terpahat tajam di ingatan ini.
Sekarang ni , apa yang penting adalah DS bangun semula dengan jatidiri baru jika benar tidak bersalah dan jauhkan diri dari ‘remora’ yang sebenarnya menumpang pada ketokohan DS sebagai mantan TPM!
Pembangkang tidak ada satu ikatan kukuh sebagai alternatif kepada pemerintah yang sekian lama berkuasa.
PAS sedang meneroka arahtuju bru dengan sanggup mengubah ‘mindset’ mereka seperti ditunjukkan oleh Timbalan Presiden PAS Ustaz Nashruddin Mat Isa dan teman seperjuangannya.
Dari bersekongkol dengan DAP yang ternyata mempunyai agenda Anti Islam seperti ditunjukkan oleh Chow Kon Yeow didalam blognya, saya ikhlas memohon agar DS mengambilkira memantapkan terus wadah jamaah Islam dengan membawa PKR bergabung dengan PAS untuk menghadapi BN secara bersatu.
Memang agak payah mengubah cara fikir orang orang lama didalam PAS tapi melalui ketetapan perjuangan DS , saya rasa ada harapan mencapai impian ini.
Apa pendapat DS?
Wassalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh!
Sdr mahaguru58
Saya terkesan dengan cerita penaglaman kita bersama mengharung kesesakan menuju Derang bersama Almarhum Ust. Nikmat. Berita pemergian beliau semasa saya di pernjara amat menyedihkan. Paling akhir menemui beliau dimahkamah beliau menceritakan kesah pertemuannya dengan Almarhum Maulana AbulHasan Ali Nadwi di Lucknow.
Mereka bersama teman-teman telah menunaikan solat hajat dan mendoakan agar saya segera bebas. Saya syurkan agar sdr teliti semula Peristiharan Permatang Pauh, Agenda Pembaharuan Keadilan dan Manifesto Bersama Barisan Alternatif yang melakarkan dasar dan strategi perjuangan kita. Muafakat dengan PAS terus mantap dan pendekatan kini dikira mat wajar termasuk memperkukuh jentera dan dokongan rakyat terhadap PKR. Kebetulan pula hanya malam tadi kami mengadakan pertemuan diantara pemimpin PAS dan PKR dirumah saya di Damansara.Sikap kita terhadap DAP juga harus lebih bijak dan matang , tidak dipengaruhi oleh satu dua kenyataan keras oleh beberapa aktivis parti. Tambahan pula media yang dikuasai BN sengaja mangadudomba. Kerangka besar pendirian DAP dapat diterima dan isu yang dipertikai harus dibahas secara terus terang dan ikhlas. Jika tidak kita akan terus bermain politik mengikut kaedah lama dan rentak yang ditentukan oleh BN. Kemusykilan sdr akan saya kemukakan kapada pemimpin DAP yang akan bertandang kerumah tengahhari nanti untuk menemui dan berbincang dengan pemimpin PKR.
















