21
Jun
06

Jawapan Kepada Soalan : Bahagian 5 (updated)

(1) Terence menanyakan :

Wish you well in your endeavours. I have a few questions that relates to this topic.

1) What are the measures that you have taken to promote accountability and tranparency, within UMNO (esp with rampant money politics) and the finance ministry (tender procedures and criterias of awarding projects)?

2) With regards to our Anti Corruption Agency, why does it have a hurdle of reporting cases directly to the PM, with the final decision resting on the PM and AG rather than have it’s own authority to prosecute upon sufficient evidence.

Sdr Terence,
Sejak 1993 saya mempengerusikan JK Kabinet Mengenai Pengurusan Kerajaan (termasuk langkah menangani rasuah). Saya telah menambah jumlah kakitangan Badan Pencegah Rasuah dan akhirnya mengemukakan Rang Undang-Undang Anti Rasuah 1997 semasa saya menjadi Pemangku PM. Peguam Negara dan PM tidak bersetuju dengan menjadikan BPR badan bebas.

Kementerian Kewangan mengamalkan tender terbuka. Dalam pengagihan kapada syarikat bumiputra, syarikat diminta mengemukakan cadangan terbuka. Keputusan dibuat olih JKTender. Keputusan mengenai penswastaan dibuat oleh Unit Perancang Ekonomi Jabatan PM.

(2) orangtelawi menanyakan :

Datuk Seri, Keadilan akan terpaksa memikul beban PAS. Rakyat bukan Islam akan mencurigai sikap Keadilan dan Datuk Seri akan dibebankan untuk menjawab isu negara Islam, sikap negatif terhadap bukan Islam, ngo dll sekiranya Keadilan meneruskan kerjasama dalam bentuk BA. Dan rakyat bergansa Melayu akan mencurigai Keadilan dengan sikap DAP yang lebih mengutamakan bukan Melayu.

Kita perlu mengemukakan agenda perubahan dan tidak harus bertindak menurut gendang propaganda BN. Yang utama ialah menjelaskan pendirian Keadilan dan Pembangkang mengenai negara hukum, pengagihan ekonomi yang adil dan kebebasan rakyat. BN perlu menjawab isu rasuah, kenaikan harga barang, diskriminasi kaum dan agama. Isu Negara Islam dan kritikan UMNO terhadap DAP perlu ditangani berdasarkan fakta dan bukan propaganda penguasa..

(3) zahir menanyakan :

Saudara Anwar,

Apakah sebenarnya matlamat perjuangan politik Saudara. Saudara Azmin ada menyatakan bahawa Saudara ingin menainkan peranan yang lebih besar dalam politik tanahair sebagai ketua Parti Keadilan, satu parti pembangkang. Adakah ini bermakna Saudara hanya berminat menjadi Ketua Pembangkang? Adakah ini bermakna Saudara tidak perminat memerintah negara sebagai Perdana Menteri?

Ini kerana untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia, seseorang mesti menjadi Presiden UMNO. Dan untuk mengubah system ini, mungkin mengambil masa yang agak lama.Untuk menjadi “a non UMNO Prime Minister” memerlukan kita revemp seluruh system pentadbiran.Dan lebih menyukarkan untuk revemp minda rakyat. Lebih Apakah ini yang saudara ingin perjuangkan?

Saudara berkali mengulangi yang Saudara tidak akan kembali kepada UMNO. Jika Saudara diberi peluang menjadi Presiden UMNO, apakah Saudara akan terima? Saya rasa Saudara tahu yang penyokong-penyokong Saudara ingin melihat Saudara menjadi Perdana Menteri Malaysia, termasuk saya juga.

Jika ahli Parti Keadilan bersedia membubarkan parti dan menyertai UMNO, MCA, MIC, GERAKAN dan parti komponen lain, Saudara juga bersedia berbuat begitu? Apakah mungkin ideologi yang di dukung Saudara dan Keadilan dibawa kedalam Barisan Nasional? Kita semua tahu dalam politik, segalanya mungkin.

Perjuangan perlu berlandaskan prinsip dan agenda. Saya ulangi bahawa UMNO tidak lagi memperjuangkan keadilan rakyat dan kesaksamaan ekonomi. Malah nasib Melayu-bumiputera juga tidak terbela.

Saya tidak nafikan pahit getir menggerakkan pembangkang dan menyediakan alternatif. Dalam sejarah politik negara, Kelantan, Sabah, Terengganu dan Pulau Pinang pernah ditawan Pembangkang. Perak, Selangor dan Sarawak hampir ditawan. Ini berlaku dalam keadaan SPR dan sistem pilihanraya yang tidak adil. Dalam pilihanraya 1999, sokongan Melayu kapada BA hampir 60 peratus. Jangan terlalu mudah kita diperdaya dengan propaganda BN yang memberikan gambara negatif semata.
Keadilan,Pembangkang dan NGO juga perlu bertindak positif, memperbaiki kelemahan dan memperkuat muafakat. Kita harus mengemukakan agenda dan barisan rakyat sebagai alternatif.
Saya tidak melayani terlalu banyak andaian lain termasuk kemungkinan menyertai UMNO, kerana saya sedang bekerja kuat memperkukuh Keadilan.


3 Responses to “Jawapan Kepada Soalan : Bahagian 5 (updated)”


  1. 1 orangtelawi Jun 22nd, 2006 at 10:47 am

    Apa pandangan Datuk Seri dengan krisis kepimpinan dan krisis keyakinan yang melanda DBP sekarang seperti yang terkandung dalam komen-komen berikut:
    PERTAMA:
    DBP dan rempuhan globalisasi
    Baru baru ini frasa rempuhan globalisasi menjadi ikutan ramai. Dalam majlis sambutan DBP 50 tahun dengan menara barunya Dr Firdaus sebut juga fasal rempuhan dan pemerkasaan>>>

    Globalisasi dianggap sebagai satu gergasi yang bakal merempuh dan meranapkan>>apa kata kalau dilihat dari paradigma lain? Kenapa tidak dilihat globalisasi sebagai satu peluang untuk DBP merempuh keluar bahu membahu dengan globalisasi? Bukankah menara itu lambang sesuatu yang towering?

    KEDUA:
    Amir Sari said…

    Ulang tahun ke 50 disebut juga sebagai 50 tahun kelahiran, tapi bila jenguk-jenguk dan beliak-beliak rupanya seperti ulang tahun kematian. Memang mati dan hidup disebelah-sebelah. Seorang teman baru pulang dari majlis sambutan, katanya masih mengusung keranda 152, dah berzaman itu juga lambangnya. Elok juga rasanya keranda 152 itu ditukarkan sahaja namanya kepada keranda DBP.

  2. 2 niknazmi Jun 25th, 2006 at 7:36 am

    Datuk Seri,

    Mungkin ini agak lari sedikit dari perbincangan.

    Tapi saya pasti ramai rakyat Malaysia ingin mengetahui pasukan mana yang Datuk Seri sokong dalam World Cup yang sedang berlangsung?

  3. 3 zack Jun 25th, 2006 at 3:02 pm

    Datuk Seri,
    Bila nak ambil alih jawatan Presiden Keadilan?
    Jika sudah boleh bertanding dalam piliharaya nanti, di mana kawasan pilihan Datuk Seri?

    Secara peribadi saya amat menyanjungi pada Datuk Seri sebagai pemimpin tetapi terdapat tindakan DS seperti bersekongkol dengan DAP tidak konsisten dengan pegangan Datuk Seri sebelum ini.

Leave a Reply