Jawapan Kepada Soalan : Bahagian 2

16 June 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Hidayat Saifudin menanyakan soalan melalui emel :

Assalamualaikum Datuk Seri.

ini sedikit soalan yang diminta oleh teman2 saya utk dikemukakan pada Datuk Seri.
(1) Datuk Seri menentang kewujudan AUKU di zaman gerak mula aktivisme Datuk Seri.Pun begitu tatkala Datuk Seri menjawat jawatan Menteri Pendidikan, ia masih tidak dimansuhkan.mengapa jadi sedemikian?

Jika dperhatikan deraf Rang Undang2 Pendidikan baru yang saya bentangkan kapada pendidik dan persatuan guru, AUKU dengan sendirinya dimansuhkan. Satelah saya dipindahkan ka Kemen Kewangan, RUU tsb diketepikan atas arahan Dr M.

(2) mengikut penilaian Datuk Seri, apa beza perkembangan idealisme mahasiswa dulu dan sekarang? apakah AUKU adalah elemen dominan yg menyumbang kepada kebekuan pemikiran siswa/i masa kini?

AUKU merupakan diantara faktor penting selain tekanan melalui penangkapan, penyingkiran, ugutan dari Kerajaan dan Universiti.

(3) pendapat peribadi Datuk Seri untuk memperkasakan gerakan mahasiswa masa kini dari konteks perkembangan idealisme perjuangan..

Mahasiswa perlu bijak memenfaatkan waktu, mengambil sikap terbuka menimba ilmu dan pengalaman. Rasuah, penyalahgunaan kuasa dan tekanan hidup rakyat lebih ketara. Mahasiswa perlu bersuara.

(4) pendapat daripada beberapa rakan dan pensyarah saya.kalau boleh,dianjurkan satu diskusi tertutup antara Datuk Seri dengan pimpinan dan aktivis mahasiswa untuk memberikan gambaran dan mesej jelas ke atas beberapa isu yg membelenggu gerakan kemahasiswaan di Malaysia masa kini berdasarkan pengalaman Datuk Seri dahulu.

Saya setuju dengan cadangan mengadakan pertemuan terbuka atau tertutup dengan pimpinan mahasiswa.

Sekian daripada saya, Datuk Seri.terima kasih atas kelapangan Datuk Seri utk melayani soalan2 ini.

Pendapat Anda

Switch to our mobile site