11
Jun
06

Jawapan Kepada Soalan Pengunjung Weblog ‘thebest4malaysia’

Soalan dan ucap selamat dari pengunjung web thebest4malaysia:

padamar menulis dan bertanya:

assalamualaikum,

Sebelum adanya satu perjuangan mesti adanya sepadu matlamat disertai dengan satu prinsip tentang kepimpinan yang berhubungkait dengan survaival yang meliputi setiap aspek… Sebelum satu perjuangan itu dinobatkan atau dilakarkan sebagai satu perjuangan saya mohon DSAI menjawab beberapa soalan berikut:

1. Apakah pandangan DSAI tentang karektor Hang Tuah dan Juga Hang Jebat serta 3 sahabat yang lainnya?

Sdr Padamar,
Prinsip perjuangan saya jelas. Saya usulkan sdr baca Gelombang Kebangkitan Asia, serta beberapa rencana terkini.
1. Hikayat Hang Tuah saya anggap sebagai karya epik Melayu penting dan buat menanggapi sikap dan budaya Melayu. Namun ia tetap legenda dan kita tidak wajar terperangkap dalam kerangka pemikiran atau “tempurung” lama.
Hikayat tersebut diantara lain mendedahkan wacana, malah dilema Melayu dalam soal kepahlawanan, asas ilmu (umpamanyanya Hang Tuah menguasai pelbagai bahasa) dan ketaatan kapa penguasa. Mesej moral ketara termasuk hikmah leluhur bangsa: “raja adil disembah, raja zalim disanggah”.

2. Adakah Wawasan 2020 juga didukung oleh Parti Keadilan?

Wawasan 2020 tidak mengarah kapada corak negara adil dan saksama, termasuk isu memperkasa ekonomi dan budaya rakyat. PKR tidak perlu diikat menurut selera penguasa lama. Rakyat dan generasi muda perlu diajak membahas isu dasar dan strategik.

3. Sejauhmanakah kejayaan Komponen Wawasan 2020 setakat ini?

Tunggak negara berperlembagaan yang menjamin kebebasan badan kehakiman, keluhuran undang-undang, pengagihan kekayaan secara adil, pembasmian rasuah masih tidak terjangkau.

4. Salahkah Dr. M membina KLIA, F1 Sepang, Empangan Bakun, Petronas Twin Tower, Jambatan Bengkok, LTDL, Malaysia Boleh, dan banyak lagi?

Pembangunan perlu menurut keutamaan, dan pertimbangannya harus faedah negara dan rakyat dan bukan kerana ia memenuhi selera kroni dan anak-anak sendiri. Sebagai contoh, dalam melaksanakan projek Empangan Bakun, sabelum lapuran EIA lagi, Tun Dr M telah melancarkannya semata-mata diatas permintaan TanSri Ting Pek King. Kawasan balak dipunggah dengan keuntungan kapada syarikat Ekran tetapi nasib penduduk asal, Orang Ulu, Kayan dll diabaikan. Kini meskipun projek tersebut mungkin diteruskan, tetapi skopnya jauh lebih kecil dan satelah negara mengalami kerugian besar.

5. Sudikah DSAI meneruskan Impian Dr. M untuk Malaysia?

Yang penting ialah impian rakyat.

6. Bersediakah DSAI untuk sekali lagi memecahkan Undi Orang Melayu?

Kita perlu lebih matang dan dewasa dan tidak dikongkong propaganda BN. Setiap kali isu rasuah, kezaliman, penipuan disuarakan, maka jawapan ala kursus BTN ialah undi Melayu.

7. Kenapa DSAI harus jadi pemimpin?

Yang menentukannya adalah rakyat, bukan sang penguasa.

8. Benarkan Rakyat Malaysia Mempunyai Infra Kelas Pertama tapi Mentaliti Kelas ke Tiga?

Soal mentaliti dunia ketiga dan infrastruktur kelas pertama yang disuarakan DS Abdullah PM mengingatkan saya pendekatan lama “Revolusi Mental” UMNO tahun 60an. Yang sering disalahkan ialah rakyat. Ini disanggah oleh Prof SH Alattas dalam bukunya “Siapa Yang Salah” dan “Metos Pribumi Malas”. Yang perlu dirubah ialah mentaliti pemimpin yang kurang bekerja dan menggodol kekayaan yang melimpah.

Saya hanya mintak pendapat.. Jawapan Dato’ Seri akan menentukan Apakah perjuangan DSAI dalam Politik. Jika Tiada Jawapan, saya mengandaikan DSAI hanya akan membahayakan survaival Malaysia.

Wassallam.

Terima kasih. Jika saya tidak menjawab sekalipun ia tidak merubah kenyataan saperti yang sdr dakwa.

————————————-

utk Saiful Seremban,

galakan sdr memberansangkan.
Saya ka Afrika Sel sejurus salepas pembedahan diatas undangan Mandela.

—————————-

buat azlejo dan zamj

Pengorbanan sdr tetap dihargai. Secara peribadi saya bercadang utk mengadakan pertemuan dgn rakan-rakan lama yang punyai pengalaman dikurung atau dibelasah.
Teruskan perjuangan menegak keadilan.


5 Responses to “Jawapan Kepada Soalan Pengunjung Weblog ‘thebest4malaysia’”


  1. 1 padamar Jun 15th, 2006 at 6:54 am

    Assalamualaikum,

    Terima kasih,

    PENGGUNAAN TEKNOLOGI

    Kalaulah benar Dato’ Seri yang menjawab persoalan itu saya amat berbangga. Apa yang penting saya Cuma ingin menguji sejauh mana penguasan IT (Internet) digunapakai oleh PKR melalui medium tercanggih ini. Dan nampak gayanya respon atau tempoh jawabbalas amat membanggakan iaitu kurang dari seminggu. Saya meramalkan bahawa dalam situasi media Malaysia yang masih tidak begitu demokratik, pihak PKR dan Rakan-rakan pasti akan membawa satu impak yang amat besar dalam Politik yang akan datang. Kenapa? penyekatan informasi perdana akan menggalakkan pertumbuhan maklumat melalui medium ini (internet) umpama cendawan tumbuh terutamanya bagi pihak yang lebih tersekat. Percayalah, medium ini sedang laju menuju kegemilangannya, dan nampak gaya, pihak Alternatif telah pun berada dalam landasan ini lebih awal (laman web.,blog, multimedia, email, dsb.). Saya amat yakin, sesiapa saja yang menguasai medium baru ini, pasti akan mendapat ganjaran yang sepatutnya. Kepada pemerintah, saya cadangkan agar apa jua maklumat sama ada dari pihak alternatif atau pun pembangkang mahu pun kerajaan ketika ini haruslah dialirkan sama banyak ataupun pada kadar yang sepatutnya. Biar rakyat jadi penentunya. Kenapa saya berkata demikian, konsep ”corong” sudah tidak relevan lagi dalam mengawal aliran maklumat sebab penyekatan maklumat akan hanya menyebabkan ianya melimpah, apatah lagi generasi pertengahan Malaysia sekarang adalah dalam kategori dewasa iaitu generasi internet yang berumur (Malaysia telah berumur 49 tahun / 2 = lebih kurang 28 tahun). Umur 28 tahun ini adalah pengundi yang dalam kategori pemuda dan rata-rata boleh mengundi. Maksudnya permintaan kelompok ini terhadap maklumat akan semakin tinggi selaras dengan peningkatan kualiti pendidikan dan kemajuan teknologi semasa. Puak medium ini adalah generasi maklumat. Dengan itu pihak yang terlibat dalam arus politik negara ini harus memandang serius perkara ini kerana dalam masa 2 tahun lagi atau lebih atau ”next election” kumpulan ini semakin bertambah. Dan kita bakal akan menyaksikan ”Satu Sejarah Baru dalam Senario Politik Malaysia.” andaikata praktis lama masih digunakan. Selamat berfikir.

    KISAH HANG TUAH DAN HANG JEBAT

    Kisah Hang Tuah sebenarnya mengambarkan acuan pemikiran Melayu yang telah lama bertapak dan masih lagi wujud sehingga hari ini. Ia banyak mengambarkan tentang psikologi orang Melayu tentang konsep kepimpinan. Antaranya Antara Hang Tuah dan Hang Jebat Siapa lebih Benar? Kalau lah Tuah benar mungkin ianya demi maruah bangsa, dan kalaulah Jebat Benar, mungkin kebenaran itu patut ada tempatnya. yang pasti kisah ini memperlihatkan persoalan antara ”kebenaran dan ketaatan” dalam konteks dulu dan kini. Yang pasti juga bagi saya Tuah dan Jebat adalah Wira yang sama hebatnya cuma berbeza masa tapi berada pada ketika yang sama. Semua orang tahu, kehebatan Hang Tuah ada pada kerisnya(kuasa). Sebab itu selisihnya amat puranda. Namun bersediakah rakyat Malaysia mengimbau kisah itu untuk menghargai ketaatan Tuah pada negara dan mengakui erti kebenaran pada Jebat. Secara peribadi saya amat terkeliru antara dua wira. sini ya sana pun ya, tapi pastikah kita watak itu adalah mereka. Untuk mengembalikan kehebatan epik itu pada zaman ini adalah hampir kepada mustahil. Pada saya Lekir, Lekiu dan Kesturi masih dalam satu bumbung pemerintahan juga ada hebatnya. Namun kalau lah Epik itu boleh dicipta kembali (Lima Sekawan) dan dapat disaksikan oleh generasi kini alangkah beruntungnya kita sebagai rakyat Malaysia. Saya amat yakin Malaysia hari ini akan terus maju dan laju menuju distinasinya. Namun apakan daya manusia punya ego, punya perasaan. Persoalan saya, Adakah Rakyat Malaysia mampu menghilangkan kejanggalan ataupun ketidaksedaphatian terhadap krisis Jebat Dan Tuah dengan mengembalikan Jebat agar era kemasyhuran negara kita berulang kembali. Tuah telah pun membuktikan jasanya dan telah menyumbang banyak perkara dalam survaival bangsa. Semua orang tahu Jebat pun sama hebatnya. Apa yang lain kala ini ialah Jebat dan Tuah masih ada. Mungkin kah kita akan melihat dua wira ini bersemuka dan berdamai seperti dulu? Adakah kita sanggup membiarkan Jebat mati sama seperti Epik dulu? Tidakkah kita ingin melihat kesudahan kisah Tuah Jebat dalam suasana yang lebih mengembirakan iaitu kesudahan yang lebih baik. Berpeluangkah kita melihat Tuah dan Jebat melupakan ego mereka agar tiada lagi kekesalan dikemudian hari. Apatahlagi peluang masih ada. Pada saya Tuah dan Jebat telah difitnah oleh Pembesar yang rasuah. Untuk Dato Seri Anwar Ibrahim, saya mohon agar, Dato berterima kasih kepada Dr. M, kesengsaraan yang lalu adalah rahmat dari Allah, Kerana Allah telah menunjukkan kita satu Formula Kehidupan iaitu, ‘Setiap Kesusahan itu disertai dengan Kemudahan jika kita reda dan sentiasa mengambil pengajaran’. Mungkin juga Allah ingin menjadikan Saudara Anwar seseorang yang akan memperjuangkan kebenaran. Pemimpin itu bukan pemimpin hebat tanpa ujian yang hebat. Juga setiap pemimpin yang hebat akan ada seseorang yang hebat disebelahnya (Isteri & Keluarganya amat saya kagumi tentang tahap kesabaran mereka). Dari segi ciri-ciri kepimpinan Saudara Anwar sudah memang diakui ramai. Namun adakah cukup hanya mempunyai pemimpin hebat kita sudah boleh yakin kita boleh berjaya tanpa yakin pemimpin itu disertai oleh orang-orang yang juga boleh berkerja. Maksud saya, boleh kah saya yakin dengan pemimpin lain dalam PKR contohnya. Siapakah mereka dan apakah kebolehan mereka. Saya perlu tahu sebagai rakyat bahawa kumpulan ini mempunyai team yang hebat. Macam bola sepak, memiliki pengurus dan jurulatih yang hebat mungkin kurang berjaya tanpa pemain-pemain yang hebat. Tapi yang saya pasti pemain-pemain yang hebat sahaja tidak cukup untuk memastikan pasukannya berjaya. (Saya meletakkan dan menganggapkan bahawa karektor Hang Jebat mewakili saudara DSAI mengambil kira dari jawapan beliau bahawa pengajaran dari kisah tersebut adalah, Raja adil Raja disembah, Raja zalim raja di tentang).

    WAWASAN 2020 DAN KELANGSUNGAN PERJUANGAN

    Soalan- soalan lain adalah untuk melihat sejauhmana sebuah kapal yang telah berlayar akan terus dikemudi, bila dan dimana harus singgah, apakah kapal ini masih mampu bertahan mengharung cabaran mendatang, yang pasti semua tahu dalam kapal itu terdapat seperpaduan manusia yang harus dibawa mengharungi lautan dugaan tanpa meninggalkan sesiapa pun dalam usaha kita menuju destinasi yang diimpi iaitu berlabuh pada air yang tenang. Survaival ini lah saya maksudkan dalam persoalan saya. Adakah orang yang akan mengemudi kapal itu tahu adakah komponen kapal seperti kipas, pasak, dinding, layar, tiang, kapal dan sebagainya masih berfungsi. Kerana kita harus memastikan kapal ini terus berlayar hingga distinasi akhir yang ‘’kekal’’. Malah tahu apakah komponen yang perlu digugurkan atau pun diperbaiki serta diganti. Yang pasti kapal itu harus terus berlayar menuju destinasi. Saya juga tetap yakin pada Paklah dalam Misi Nasional namun terdapat terlalu banyak cabaran bagi PakLah dalam melaksanakan usaha murninya untuk rakyat Malaysia.. Lumrahnya, melaksanakan sesuatu yang baik itu amat payah apatah lagi dalam konteks Pak Lah, beliau dibayangi cara kepimpinan Dr. M. Apatah lagi bayangan DSAI dalam arena politik, kehebatan Lim Kit Siang, isu ekonomi , ahli cabinet yang suka melatah dan berbagai isu lagi yang memerlukan ketegasan dalam pemerintahannya. Apa yang saya faham tentang Pak Lah ialah beliau terpaksa mengambil tindakan dan usaha kepada sesuatu yang kurang popular dan tidak begitu difahami oleh masyarakat iaitu meningkatkan kemampuan spiritual rakyat Malaysia terutamnya agak ketinggalan sedikit semasa kepimpinan DR M. Proses melengkapi ini terasa amat payah. Namun jika ada usaha ikhlas, insya Allah ianya pasti berjaya. Kejayaan Paklah akan di nilai melalui RMK 9. Berjaya RMK 9 maka berjayalah Pak lah. Dan Sukseslah Malaysia. Kalau Lah DSAI ada dalam kabinet Pak Lah alangkah beruntungnya kita, namun apakan daya semua orang tahu apakah halangannya. Kepada DSAI, semoga tulisan anak kampung ini boleh memberi sedikit gambaran tentang keinginan rakyat terhadap kepimpinan Negara.

    KEPIMPINAN

    Apa yang pasti Malaysia memerlukan seorang pemimpin yang benar-benar ingin berjuang dan berjihad demi kesejahteraan manusia sejagat.

    Sekian terima kasih.

    Padamar
    (Seorang anak kampung yang cuba berlajar untuk berfikir tentang survaival dalam dunia yang telah memasuki era atau zaman yang penuh dengan cabaran)

  2. 2 adihamka Jun 15th, 2006 at 7:33 am

    Saudara Padamar,
    komen tersebut memang datangnya daripada DSAI.
    terima kasih atas sokongan.
    komen saudara akan dimajukan pada DSAI.
    terima kasih.

  3. 3 Foolish Contender Jul 17th, 2007 at 11:34 am

    Nothing in the world can take the place of persistence. Talent will not; nothing is more common than unsuccessful men with talent. Genius will not; unrewarded genius is almost a proverb. Education will not; the world is full of educated derelicts. Persistence and determination alone are omnipotent. – Calvin Coolidge

  4. 4 Misunderstood Prophet Jul 17th, 2007 at 10:17 pm

    Was she so loved because her eyes were so beautiful or were her eyes so beautiful because she was loved?

  5. 5 impian rakyat Sep 9th, 2008 at 11:14 pm

    Bagaaimana DSAI akan buktikan boleh meminpin negara selagi adanya BN dan UMNO. Adakah DSAI akan memasuki UMNO sekali lagi untuk meminpin mereka yang tersasar jauh memperjuangkan rakyat terutama anak-anak muda yang akan hidup lagi 50 tahun

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

June 2006
M T W T F S S
« May   Jul »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930